Yanti + Jai

Task berikutnya di Jerantut. Mengassist sifu saya sambil2 menimba ilmu. Majlis akad berlangsung usai solat asar di masjid Jerantut lama. Suasana akad meriah dengan gelak ketawa dek tok imam yang agak sporting melawak. Tak ada riak2 nervous langsung pada pengantin lelaki. Kan bagus kalau semua tok kadi macam ni kan~

Majlis bersanding diadakan esoknya. Ringkas tapi meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai. lauk pun sedap. Tapi cuacanya masyaallah punya panas. Nak2 ketika outdoor. Sedikit mengganggu lah. Tapi tak apa. Saya suka cabaran.hehe.. Lokasinya memang agak menarik. Bukit Istana Jerantut. Ya. Ata bukit. rasa dekat je dengan matahari. Fuh.. dia punya panas macam kat Texas nu. Alhamdulillah dapat juga shoot yang molek2. Balik Kolumpo saya jadi nigger kejap. Sunburn.hoho~

LTdL le Finale

Kebetulan. Baru2 ni saya balik kampung sekejap untuk tugasan job wedding pengantin di Kampung Nibong, Kuala Terengganu. Selesai sesi outdoornya pada tengahari hari Ahad, saya singgah di town sekejap. Sesak bukan main lagi. Polis trafik di sana sini. Ada LTdL rupanya. Peringkat akhir.

Alang2 tengah stuck tu, bingkas saya turun dan mengeluarkan senjata rahasie. Encek Onn.hehee.. Bermula dari Pulau Kambing, terus memfollow ‘rombongan’ basikal melaui jalan Kampung Cina sampai ke Pasar Payang. Ada sesi kriterium pula sebanyak 6 pusingan.

Agak2 dah nak habis tu, saya menapak pula ke Padang Syahbandar – tempat penamat. Dengan panas terik nya. Berpeluh tak payah kira lah. Pikir2, balik, macamana laaa diorang ni boleh kayuh basikal beratus2 kilo ye? Apa makan ntah. Apa2pun, dapat laa juga shot2 yangtak seberapa ni.

Shamil + Sue (Resepsi)

Majlis resepsi belah lelaki diadakan selang dua minggu selepas majlis di Sabah. Majlisnya berlangsung di Johor Bahru, atau lebih tepat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim yang lokasinya betul2 di tengah2 bandaraya JB dekat dengan Danga Bay. Ini kali ketiga saya ke JB dan tiada masalah sangat memandangkan bersama saya adalah rakan videografer dari TupaiTV – saudara Mijie. Menginap pun di hotel berdekatan dengan Danga Bay tu saja.

Seperti biasa, majlis bermula dengan ketibaan mempelai kira2 jam 1:00 petang. Dengan organisasi dan planner yang mantap, majlis berjalan sempurna dengan meriahnya. Kedatangan tetamu bulih kata full house lah.

Usai majlis di dewan, sesi oudoor mengambil tempat di JB Waterfront dan sekitar taman berdekatan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar. Lajak ke matahari terbenam juga lah dibuatnya. Tapi puas. Gerek seyh~~

 

Shamil + Sue (Sanding)

Majlis bersanding penuh seri berlangsung di rumah pengantin perempuan pada hari esoknya. Walaupun cuaca agak mendung, tak menghalang kehangatan majlis yang riuh dengan gelagat saudara mara yang saya difahamkan hanya dapat berkumpul ketika ada majlis kenduri macam ni saja. Ya lah. Negeri Sabah ni dia punya luas macam separuh semenanjung dah.

 

 

 

Malamnya ada majlis potong kek. Tapi bukan potong kek samata-mata. Ada sesi suai kenal dengan saurada mara dan sahbat handai. Ada persembahan tarian kebudayaan, poco-poco dan karaoke juga. Semua yang hadir mostly take part. Memang awesome lah! First time tengok tarian Sumazau secara live. Dengan saya sekali terhinjut2~

Usai majlis baru saya tahu yang Sabahan ni memang dari kanak2 lagi diajar tarian2 kebudayaan mereka. Ada lebih dua ratus jenis kesemuanya. Patut lah semua pandai menari. Yang paling sportingnya diajak sekali ibu bapa pengantin lelaki join. Nasib baik fotografer sibuk buat kerja. Fuhhh~

 


Shamil + Sue (Nikah)

Task kali ni jauh sikit. Sikit tak sikit lah. Seberang laut juga dia punya pergi. Yes. Sabah. yay~

Tapi kali ni bukan di KK tapi Sandakan. Bagus juga. Memang seronok dapat jelajah tempat baru ni. Walaupun masa sangat suntuk untuk jalan2, pengalaman berdepan tradisi perkahwinan masyarakat Sabah memang berbaloi. Apa tak nya. Dua hari dua malam dia punya temasya. Non-stop. Tu pun sebab kahwin orang semenanjung. Kalau tak, seminggu pun bulih pergi~

Saya bersama rombongan pengantin lelaki tiba di lapangan terbang Sandakan kira2 waktu tengahari. Disambut oleh saudara mara pengantin perempuan beserta aktiviti makan nasik. Malamnya terus majlis bernikah.

 


 Usai majlis pernikahan, berlangsung pula majlis malam berinai kira2 selepas solat isyak. Ada juga adat menitik inai di Sabah ni rupanya. Keluarga pengantin perempuan kebanyakannya dari Labuan dan Brunei tapi banyak berlatar belakangkan Jawa. Jadi tak hairan lah kan. yang paling meriah, sempat lagi ada acara tari menari antara sanak saudara. Best yaww~

 

 

Esok malam nya lagi happening.

Tunggu sambungan.